Kamis, 05 Maret 2009

ARTI KEHIDUPAN

Persoalan falsafah, "Apa makna hidup?" mempunyai makna yang berbeza bagi setiap orang. Kekaburan pertanyaan ini terwujud dalam perkataan "makna" yang menyebabkan persoalan ini boleh ditaksif dengan pelbagai cara, umpamanya:Apakah puncanya hidup?Apakah sifatnya hidup (dan sifat alam semesta kita)?Apakah maksudnya hidup?Apakah yang bernilai dalam hidup kita?Apakah tujuan hidup ataupun tujuan dalam kehidupan seseorang?Soalan-soalan ini telah menimbulkan pelbagai jawapan yang bertentangan serta perdebatan dari teori-teori saintifik ke teori-teori falsafah, teologi dan penjelasan-penjelasan rohaniah.menurut Kepercayaan popularRamai orang mempercayai bahawa makna hidup adalah untuk:mengumpulkan harta kekayaan;memajukan perkembangan manusia yang semula jadi, ataupun menyumbang kepada takung gen manusia;memajukan evolusi teknologi, ataupun giat dalam pengembangan manusia kemudian hari;bersaing atau bekerjasama dengan orang lain;membunuh untuk mempertahankan diri atau sebaliknya, mengamalkan ketidakganasan dan ketidaktentangan;menunjukkan belas kasihan;memperoleh atau menggunakan kuasa;memberi atau menerima kasih sayang;mempelajari atau mencari kesedaran;meninggalkan pusaka, seperti karya atau buku;berhidup secara damai dengan orang lain dan berharmoni dengan alam semula jadi;melahirkan anak-anak melalui pembiakan seks;memburu idaman, impian ataupun takdir;memahami, berbaik dengan, ataupun mencapai perpaduan dengan orang lain;mencari hakikat, pengetahuan, pemahaman ataupun kebijaksanaan;mencari dan memperoleh sifat baik, atau hidup dalam kemuliaan;mencari dan memperoleh keindahan;mencari kebebasan, baik dari segi fizikal, mental, kewangan ataupun rohaniah;mencari kebahagiaan dan berkembang maju, mengalami nikmat atau meraikan;berkhidmat kepada orang lain atau melakukan perbuatan baik;hidup sahaja sehingga mati (tiadanya tujuan umum ataupun firdausi, kewujudan tidak mempunyai makna lain selain daripada makna yang diberikan sendiri);hidup, termasuk memburu keabadian melalui cara saintifik (sila lihat ekstensi hidup);bertugas untuk keadilan dan demokrasi;menyembah, menjadi hamba Tuhan ataupun untuk mencapai penyatuan dengan Tuhan; ataupunpenggabungan unsur-unsur di atas.Yang dipersetujui oleh ahli-ahli sains dan ahli-ahli falsafah tentang makna hidup adalah anggapan bahawa selok-belok hidup (iaitu alam semesta) dapat ditentukan. Oleh sebab itu, makna hidup boleh diperolehi melalui pemahaman selok-belok alam semesta, termasuknya selok-belok badan manusia. Walau bagaimanapun, sebenarnya tiada pandangan saintifik mengenai maksud hidup biologi selain daripada fungsi biologi yang dapat dilihat, yakni untuk meneruskan dan membiak diri. Dalam hal ini, sains cuma menanyakan soalan-soalan kuantitatif seperti: "Apakah yang dibuat?" "Dengan cara apa?" serta "Sejauh mana?" dan bukannya "Bagi tujuan apa?"Akan tetapi, sesama dengan falsafah, sains menghadapi kelima-lima tafsiran tentang maksud hidup secara langsung, dan mencuba menjawab setiap soalan dari segi apa-apa yang wujud ataupun perhubungannya dengan manusia (yaitu merupakan tujuan sains).Oleh sebab ini, persoalan "Apakah asalnya hidup?" telah menghasilkan Teori Dentuman Besar dan Teori Evolusi yang menerangkan dari mana datangnya alam semesta, matahari, planet dan manusia, akan tetapi ia tidak dapat lagi menerangkan asalnya bentuk hidupan mikroskop yang pertama. Sebilangan ahli sains menganggap bahawa hidup di bumi bermula apabila kilat, komet atau meteor ataupun peristiwa kemalangan yang lain menimpa dan menyebabkan sekumpulan sebatian organik bergabung untuk menjadi sel primitif. Sel ini boleh membiak dan kemudiannya berkembang menjadi bentuk-bentuk hidupan yang lebih tinggi. Berdasarkan teori-teori yang sama ataupun lebih kurang sama, sebilangan ahli falsafah telah mengatakan bahawa oleh sebab hidup adalah kebetulan sepenuhnya, kita tidak boleh menjangka bahawa hidup mempunyai makna apa-apa selain daripada pengekalan diri melalui pembiakan.Bagi menjawab persoalan "Apakah sifatnya hidup (dan alam semesta kita)?", ahli sains telah mengemukakan pelbagai teori ataupun pandangan dunia sejak beberapa abad dahulu, termasuknya pandangan heliosentrik Nicolaus Copernicus dan Galileo Galilei, alam semesta mekanik lancar Renes Descartes dan Isaac Newton, Teori Kerelatif Am Albert Einstein serta Teori Camuk Benoit Mandelbrot, untuk memahami alam semesta kita. Pada waktu yang sama, ramai ahli sains dalam bidang biologi dan perubatan telah membedah mayat manusia secara terperinci untuk memperolehi kefahaman sifat hidup biologi.Persoalan "Apakah maksud hidup?" telah menumpukan perhatian ahli-ahli sains kepada persoalan maksud serta bagaimana ia diperolehi dan dikemukakan (sila lihat semiotik). Soalan ini telah diperiksa dengan teliti dari segi perhubungan di antara hidup dengan persekitaran (alam semesta) dan sebaliknya. Oleh sebab itu, dari segi sains, maksud hidup merupakan "apa itu hidup", "apakah yang dibuatnya", dan "mengapa ia membuat begitu".Soalan-soalan "Apakah yang bernilai dalam hidup?" dan "Apakah tujuan hidup (seseorang) merupakan perkara pokok sains-sains sosial. Soalan-soalan sebegini telah diperiksa dengan teliti oleh ahli-ahli sains setiap hari dari segi bentuk-bentuk hidupan yang dikaji dalam pencubaan untuk menerangkan kelakuan dan interaksi manusia (termasuk juga setiap jenis haiwan). Penyelidikan nilai telah menghasilkan bidang Ekonomi dan Sosiologi. Penyelidikan motif (yang membayangkan apa yang bernilai bagi seseorang) dan persepsi nilai merupakan perkara bidang Psikologi.Pandangan falsafahNilai sebagai maknaOleh sebab teori-teori mengenai nilai bertujuan menjawab soalan "Apakah yang bernilai dalam hidup?", ia merupakan teori makna hidup: ahli-ahli falsafah yang agung seperti Socrates, Plato, Aristotle, Descartes, Spinoza, Ayn Rand dan lain-lain lagi mempunyai pandangan yang jelas tentang jenis kehidupan yang terbaik, iaitu yang lebih bermakna.Pandangan ateisRencana utama: AteismeDengan erti kata yang sebenarnya, "atheisme" merupakan kepercayaan bahawa tuhan ataupun kuasa ghaib tidak wujud dan oleh demikian, alam semesta dan manusia bukan dicipta olehnya. Atheisme berkait dengan salah tiga daripada lima tafsiran tentang persoalan makna hidup:"Apakah asalnya hidup?""Apakah sifatnya hidup (dan alam semesta di mana kita hidup)?""Apakah tujuannya hidup ataupun tujuan dalam kehidupan?"Oleh sebab mereka tidak percaya bahawa tuhan-tuhan ada kena-mengena dengan hidup, kebanyakan ateis percaya bahawa hidupan berkembang dan bukannya dicipta. Disebabkan ketiadaannya tuhan-tuhan di alam semesta, sifatnya hidup tertinggal kepada kita untuk menentukannya dengan cara yang saintifik, dan kita sendiri terpaksa memastikan tujuan hidup kita.Walau bagaimanapun, "atheisme" merupakan istilah yang relatif. Kebanyakan orang akan menganggapkan diri sebagai ateis terhadap tuhan-tuhan Babylonia, Egypt, Yunani dan Roman. Kebanyakan orang Kristian, Yahudi dan Islam juga merupakan ateis terhadap agama Timur seperti agama Buddha, Hinduisme dan Taoisme bagi alasan yang sama, dan sebaliknya dengan penganut Buddha, Hindu dan Taoisme berhubungan dengan agama-agama Barat. Walaupun "ateis" biasanya digunakan untuk sesiapa yang tidak percaya kepada Tuhan ataupun tuhan-tuhan yang digambarkan oleh mana-mana satu daripada agama-agama ini, ateis-ateis ini juga menuntut bahawa agama adalah mitologi yang bodoh dan nyatanya direka.Kebanyakan ateis menganggapkan diri sebagai agnostik dari segi persoalan wujudnya atau tidaknya kuasa ghaib walaupun mereka tidak percaya kepada agama-agama sezaman. Mereka mengemukakan alasan bahawa kewujudan atau tidak kuasa tersebut tidak dapat ditentusahkan, sedangkan kami boleh melihat pengaruh usaha manusia dengan terang tentang penciptaan dan pengembangan pelbagai mitologi di sepanjang sejarah (termasuk agama-agama sezaman).Oleh sebab ateisme ditakrif dengan ketiadaannya tuhan, "ateis" selalunya ditakrifkan dengan apa yang mereka tidak percaya dan bukan dengan apa yang dipercayai mereka. Dalam konteks ini, kebanyakan orang yang tidak mempercayai kepada tuhan berpendapat bahawa "ateisme" merupakan label yang digunakan untuk menghina mereka oleh penganut teisme. Dengan demikian, ramai ateis menganggap ateismenya tidak beberapa penting kepada kedudukan falsafah utama mereka, dan lebih suka ditakrif dengan apa yang dipercayai sebenarnya. Ateisme merupakan sebahagian daripada falsafah-falsafah dan teori-teori asal usul yang lain, termasuknya evolusionisme, eksistensialisme, Darwinisme, humanisme, nihilisme dan humanisme trans. Sekiranya tiada Tuhan, makna hidup tertinggal kepada kita untuk mencarikan ataupun mentakrifkannya.Pandangan eksistensialisRencana utama: EksistensialismeArthur Schopenhauer, seorang ahli falsafah abad ke-19 memberikan jawapan yang suram dengan penentuannya bahawa hidup cuma merupakan bayang kehendak seseorang dan kehendak ini merupakan desakan yang tidak bertujuan, tidak rasional dan yang menderitakan. Walau bagaimanapun, beliau menganggapi bahawa penyelamatan, pembebasan ataupun pelepasan daripada penderitaan boleh didapati melalui pentafakuran, simpati kepada orang lain serta penghidupan zahid.Menurut ahli falsafah Martin Heidegger, manusia dilontar ke kewujudan. Pendukung eksistensialisme menganggapi bahawa pelontaran ini wujud sebelum apa jua pemikiran dan gagasan yang dipunyai manusia atau tafsiran-tafsiran tentang dirinya sendiri yang diciptanya. Sebagaimana yang dikatakan oleh Jean-Paul Sartre: "kewujudan datang sebelum intipati", "manusia wujud terlebih dahulu, menemukan diri, meluru dalam DUNIA.

Tidak ada komentar:

menghitung

luas persegi panjang
LUAS PESEGI PANJANG
PANJANG
LEBAR